Sejarah Brahmin

Menurut Abraham Eraly, "Brahmin itu adalah varna yang jarang sekali ditemui dalam rekod sejarah sebelum bermulanya empayar Gupta" pada abad ke-3 M sehingga ke-6 M, dan "tiada sebarang rujukan mengenai brahmin, pengorbanan dan amalan keupacaraan walaupun sekali dalam sastera-sastera" yang bertarikh dari abad pertama masehi atau sebelumnya.

Peranan mereka sebagai pedanda dan gudang simpanan ilmu pengetahuan suci, serta kepentingan amalam-amalan Srauta Veda bertumbuh ketika zaman empayar Gupta dan selepasnya. Walau bagaimanapun, pengetahuan mengenai sejarah brahmin atau varna-varna lain masyarakat Hindu pada milenia pertama dan selepasnya hanyalah berbentuk asas dan percaan sahaja. Sedikit sahaja rekod sahih atau bukti arkeologi mengenai varna ini ditemui. Kebanyakannya dibina semula dari kesusasteraan Sanskrit dan fiksi berbahasa Sanskrit.

Michael Witzel menulis,
Towards a history of the Brahmins: Kajian terkini dalam bidang ini masih berbentuk percaan. Tahap pengetahuan kita mengenai subjek asas ini masih lagi bersifat permulaan. Kebanyakan karya berbahasa Sanskrit tidak begitu menumpukan kepada kronologi sejarah orang Hindu. Walaupun ada teks-teks sejarah seperti Rajatarangini atau Gopalavamsavali dari Nepal, kedua-dua teks ini tidak membincangkan perihal Brahmin dengan mendalam - Review (1993)
Pekerjaan Brahmin dan Kehidupan Sosial
Keadaan Ekonomi dan Demografi

Menurut kepada laporan 2007 Brahmin di India berjumlah lima peratus dari populasinya. Negeri-negeri di Himalaya seperti Uttarakhanda (20%) dan Himachal Pradesh (14%) mempunyai peratusan kaum Brahmin tertinggi relatif dengan jumlah penganut agama Hindu di situ.

Menurut kepada laporan Wall Street Journal, dianggarkan seramai 65% keluarga Brahmin di India, dengan kira-kira 40 juta orang hidup dengan pendapatan sebulan yang kurang daripada $100.00 pada tahun 2004. Jumlah ini menurun kepada kira-kira 50% pada tahun 2007. Kaum Brahmin turut memasukkan kelompok ahli politik dan juga mereka yang mewah kaya raya.