Mantra sebagai kaedah bersamadhi

Amalan mantra yoga ini membawa pembacanya kepada keadaan bersamadhi atau dhyāna. Budaya popular melihat samadhi ini sebagai satu keadaan fikiran yang mana penerimanya itu "perlina" atau hilang dalam dunia lain. Fahaman popular itu berpandangan bahawa mereka tidak mampu untuk mempunyai persepsi seperti dalam dunia yang berpersepsi semasa.

Pandangan popular itu sebenarnya adalah satu pandangan yang singkat sahaja. Dhyāna terbut dari kata akar bahasa Sanskrit, dhyai yang bermaksud membayangkan atau merenung. Perkara penting yang perlu diketahui mengenai samadhi ini adalah ia merupakan satu keadaan mental yang aktif. Ketika dalam keadaan samadhi ini, kesedaran seseorang itu mengalami aliran fikiran yang tidak putus-putus. Proses ini adalah satu proses pengembangan kesedaran. Ketika ini, masa yang diwakili oleh Śiva bersatu dengan ruangan yang diwakili oleh Śakti. Keadaan ini mewujudkan satu keadaan jagat yang digelar sebagai Maithuna.

Keadaan mental ini diperolehi melalui Pratyaksatva, keadaan mental yang mempunyai persepsi berterusan tetapi sedar. Walaupun persepsi sedar boleh ditumpukan kepada banyak perkara, namun buah fikiran utama di sebalik samadhi dan mantra-mantra ini adalah untuk menghasilkan keadaan persepsi yang aktif, kesedaran yang mencakupi yang melampaui persepsi biasa, namun tiada kaitan dengan meliputi sebarang dunia. Pendek kata, ia adalah satu cara untuk mengalami dunia mistik melalui bunyi-bunyian suci atau nāda.