Perkara Lain-Lain dalam Mantra

Seorang sadhaka yang mengamalkan mantra yoga dengan bija mantra haruslah berhati-hati kerana mantra bukan perkara main-main. Kesan-kesan amalannya akan memberi kesan besar dalam hidupnya dan hidup mereka di sekelilingnya.

Pengamalan perkara ini sebenarnya menjadi godaan untuk mencuba kesan bija mantra. Namun, harus diingat bahawa amalan ini mestilah dijalankan dengan hati-hati. Mantra mengubah keadaan kesedaran kita dan kita sebenarnya tidak menyedari hal itu pada awal waktu mengamalkannya. Kemudian, pengamalnya akan terkejut dan hairan. Kesedaran akan berkembang ke arah tertentu, dan pengamal akan terbawa-bawa dengan getaran suci. Walau bagaimanapun, keadaan ini mungkin kelihatan tidak masuk akal kecuali amalan itu dicuba, dan dirasai sendiri melalui kesedaran baru yang dikeluarkan oleh mantra.

Amalan

Amalan mantra meresap dalam corak mental yang merupakan pengalaman berpusing ke arah membawa minda lebih dekat kepada sumber bunyi itu. Dengan ini, satu hubungan antara pengamal dan dewata yang menjadi prinsip atau fungsi bagi mantra itu terbentuk. Japa dijalankan di tempat sunyi. Seorang pengamal itu duduk dengan selesa dan mula menyebut mantra itu dengan kelajuan sama seperti percakapan biasa atau kurang. Semasa amalan mantra berlaku, banyak buah fikiran menakluki minda. Namun semua itu dibiarkan sahaja menjelma, dan pengamal terus membaca mantra. Proses pembersihan sedang berlaku tatkala buah fikiran itu semua menjelma. Ia menjelma dan terhapus sendiri. Kebanyakan daripada buah fikiran itu selalunya bersifat negatif, pengalaman dan kebimbangan yang dialami oleh pengamal.

Amalan ini diamalkan dua kali sekurang-kurangnya pada jam yang sama dalam 20-30 minit. Penghujung amalan ini biasanya menerbitkan keadaan mental yang normal. Hal ini dilakukan berperingkat-peringkat seperti mata dibuka satu persatu, jari digerakkan dan seterusnya. Pendek kata, kemasukan kembali ke dunia nyata mestilah menjadi  satu pengalaman yang bersifat lembut. Dari pandangan yogi pula, mantra ini paling baik diamalkan bersama dengan asana-asana dan pranayama. Walau bagaimanapun, perkara ini tidaklah wajib kerana mantra yoga sendiri mempunyai nilai yang tersendiri. Kaedah samadhi mencakupi ruang adalah kaedah yang tipikal diamalkan.

Penutup Kata

Dari masa ke masa, mantra boleh berubah-ubah. Keadaan ini memberikan pengamal arah yang baru. Pengamal boleh menggunakannya dengan cara kreatif dan pelbagai. Tiada sebarang dosa beramal dengan mantra kecuali jika seseorang itu cuba untuk mengambil kesempatan ke atas orang lain, mendominasi orang lain atau tindakan-tindakan yang negatif. Bija mantra ini berguna untuk kehidupan yang bahagia dan kesukaan dalam hidup.

Karya ini adalah karya ringkas mengenai bija mantra dan amalannya. Diharapkan ia mencukupi untuk seseorang itu memulakan pengkajian dan pengamalan bija mantranya sendiri. Terdapat banyak buku mengenai hal ini. Amalannya pula cukup untuk meyakinkan seseorang bahawa kaedah yang luarbiasa ini boleh meningkatkan lagi keadaan kesedaran kita dan memberi arah yang kreatif serta fikiran jernih. Karya ini ditutup dengan mantra, oṃ tat sat. - Octavian Sarabatoare