Bija Mantra

Bija bermaksud bijian, benih, punca, asal-usul, sumber awal, kebenaran sebagai punca bagi segala kejadian dan asas kepada fikiran.

Bija mantra terbentuk daripada gabungan beberapa bunyi dari aksara bahasa Sanskrit. Ia mengandungi 50 bunyi semuanya. Seperti yang disebutkan dalam tradisi, kesemua bunyi ini adalah bunyian suci. Oleh itu, ia adalah sakti. Terdapat konsep yang panjang lebar di sebalik hal ini. Rencana ini akan cuba untuk meringkaskan segalanya dan masuk terus ke buah fikiran utama serta amalan yang terdapat dalam tantra mantra ini. Banyak kali juga dalam sastera tertentu, tantra yoga digelar sebagai mantra yoga. Hal ini sebenarnya mengesahkan bahawa mantra yoga itu adalah bahagian terutama dalam tantra yoga.

Amalan biasa dari tradisi ini digunakan di Jambudvipa di peringkat yang umum, di kampung-kampung dan dalam kehidupan seharian. Amalan tinggi dari mantra ini hanya terhad kepada orang tertentu sahaja, yang mendapat ilmu menerusi daun lontar lama dan juga memperkembang amalan ini dengan cara yang kreatif. Sesetengah guru juga mengangkat mereka yang menerima mantra yoga ke peringkat lebih tinggi lagi. Hampir kebanyakan kenaikan itu mengandungi kenaikan ber-mantra. Dalam tradisi Śaiva, amalan kenaikan biasanya menggunakan bija mantra Oṃ namaḥ Sivāya. Tradisi berasaskan kitab suci veda pula menggunakan Gayatri iaitu mantra suci dari veda sendiri. Ia mengandungi 24 suku kata yang tersusun kepada tiga perenggan bersuku kata lapan setiap satunya.

Apakah yang disebutkan sebagai mantra tantra itu memberi kesan segera kepada pembacanya? Disebutkan bahawa kesannya adalah segera. Oleh itu, tumpuan lebih diberikan kepada menjaga rahsianya supaya tidak terlepas ke umum. Pengajian mengenai ilmu tantrayana ini dimulakan di Barat oleh Arthur Avalon (Sir John Woodroffe). Beliau memulakan pengajian yang tersusun menerusi pengalamannya sendiri dengan mantrayana semasa menjadi seorang hakim di Kalkota, Bengal Barat. Pada ketika itu, beliau sangat terkesima dengan kesan mantra ke atas dirinya. Oleh itu, beliau pun menjadi seorang sarjana dan memberikan khidmat bakti kepada kemanusiaan menerusi pemeliharaan manuskrip lama. Beliau turut membuat penterjemahan dengan bantuan para Brahmin. Jadi, apakah buah fikiran yang terselindung di sebalik amalan bermantra ini?