Neraka dan Penghuninya

Apabila seseorang itu jatuh ke satah kewujudan yang lebih rendah seperti neraka, maka komponen asas halusnya yang Sattva pun akan menurun dengan mendadak dan menjadi kurang kondusif terhadap pengalaman kebahagiaan.

Dalam satah kewujudan neraka, terdapat juga hantu-hantu yang menjalani amalan kerohanian tertentu bagi mencapai kekuatan batin. Hantu yang tertinggi sekali dalam hierarki hantu-hantu itu adalah mantrika dari satah kewujudan neraka ketujuh. Mereka ini mempunyai kuasa batin yang tinggi dan hampir menyerupai seorang keramat iaitu pada tahap kebatinan 90 peratus. Mereka mampu mengawal hantu-hantu yang lebih rendah kuasa batinnya.

Apabila seseorang itu masuk lebih dalam lagi ke pelbagai kewujudan neraka, contohnya dari tingkat pertama sehingga ketujuh, tahap kebahagiaan yang dialami oleh tubuh halusnya juga berkurangan dan kedukaan akan bertambah. Pengalaman kebahagiaan itu terpahat dalam kenangan apabila seseorang itu melalui saat-saat bahagia pada kehidupan lampaunya. Pengalaman duka pula terpahat dalam kenangan apabila seseorang itu melalui saat-saat menyedihkan atau yang menghina dirinya. Kenangan-kenangan mengenai keinginan yang tidak kesampaian seperti pendidikan, rumah, kerjaya, jangkaan kebahagiaan dari zaman kanak-kanak pada kehidupan lampau.

Tahap seksaan dan azab kepahitan yang dilalui oleh mereka yang masuk ke neraka itu akan bertambah  selari dengan jauhnya kedalaman neraka itu. Semakin dalam neraka itu, semakin lama seksaan yang dilaluinya. Contohnya, jika tahap seksaan di neraka tingkat pertama itu adalah seratus peratus, maka di tingkat seterusnya adalah 150 peratus dan seterusnya.

Rujuk: Hidup selepas Mati, SSRF, India