Ringkasan - Hidup Selepas Kematian

Fakta-fakta yang tersebut mengenai pelbagai satah kewujudan itu memberikan kita sedikit gambaran mengenai akibat-akibat yang mungkin dalam kehidupan selepas kematian kita dan bagaimana kita menjalani kehidupan ini. 

Hanya dengan amalan kerohanian atau dengan amalan perbuatan yang berpahala boleh membawa kita ke satah kewujudan yang lebih tinggi di alam kebahagiaan dan kita akan dapat mengelakkan azab seksaan. Ada juga peluang untuk menjelma di satah kewujudan Bumi dalam keadaan yang kondusif untuk amalan kerohanian. Hal demikian membolehkan seseorang itu naik ke satah kewujudan yang seterusnya dalam alam semesta. Hari demi hari dalam era Kaliyuga, semakin kurang orang akan pergi satah kehidupan yang tinggi.

Sebaik sahaja seseorang itu terjatuh ke satah kewujudan rendah seperti ke satah kewujudan patala atau lain-lain kewujudan dalam neraka, dia akan berada di sana dan menerima azab sengsara berabad-abad lamanya sehingga selesai dosanya disucikan melalui seksaan berat yang tersedia di sana serta mendapat peluang untuk dijelmakan semula di Bumi.  

Untuk menjalankan amalan rohaniah secara berterusan di satah kewujudan Bumi menurut kepada enam undang-undang asas amalan kerohanian itu adalaah seperti berenang melawan arus dalam era ini. Walau bagaimanapun, terdapat juga jalan yang dijamin membawa kemajuan bagi rohaniah seseorang untuk menuju ke satah kewujudan tinggi selepas roh keluar semula dari jasad.