Sela Waktu Antara Dua Jelmaan Semula

Dalam waktu kajian dijalankan dengan menggunakan proses hipnotis untuk mengesan kehidupan lampau seseorang, didapati bahawa sela masa antara dua penjelmaan roh di alam-alam yang ada di Bumi ini puratanya dalam 50-400 tahun. Penyebab kepada sela masa ini adalah:
  • Roh seseorang itu berada di satah kewujudan Svarga atau di Patala untuk tempoh yang tidak konsisten bagi proses menikmati pahala dan membersihkannya dari dosa.
  • Keadaan di satah kewujudan Bumi memerlukan kepada kesesuaian bagi menyempurnakan pembayaran hutang dari kelahiran lampaunya dengan roh-roh lain. Keadaan ini bersesuaian dengan doktrin hukum Karma. Penjelmaan semula roh ini akan ditangguhkan sehingga roh-roh lain yang terlibat dengan roh yang berhutang itu bersedia untuk menjelma semula di suatu ketika.
  • Kadang-kala dalam kesurupan mengesan kehidupan lampau, seseorang itu tidak melaporkan penjelmaan lampaunya. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh penjelmaan itu sebenarnya terlalu ringkas atau tidak begitu banyak kejadian dalamnya. Maka orang itu tidak dapat ingat perinciannya.  
Dalam kes roh itu dihantar ke neraka yang dalam, sela masa bagi penjelmaannya kembali ke satah kewujudan Bumi mungkin memakan masa beribu-ribu tahun lamanya. Mereka akan berada dalamnya sehingga selesai hutang dosa mereka disucikan. Dalam kebanyakan masa pun, berada dalam azab neraka selepas tempoh kematiannya sehingga leburnya alam semesta ini.