Vaiṣya

Sastera agama Hindu menetapkan bahawa peranan kaum Vaiṣya adalah dalam bidang pertanian dan membela lembu. Namun, menjelang zaman terkemudian, ramai daripada mereka menjadi tuan tanah dan juga ceti.

Kaum Vaiṣya bersama dengan Brāhmaṇ dan Kśatriya membentuk triwangsa yang memegang status dvija atau kelahiran dua kali secara rohaniah. Mereka diangkat masuk ke kelahiran menerusi upacara tertentu. Pedagang-pedagang Hindu dari benua kecil India dan Nepal seringkali dikaitkan dengan penyebaran ajaran kebudayaan Hindu di rantau sejauh Asia Tenggara dan juga Tibet.

Secara tradisinya, kelompok ini terbabit dalam pelbagai jenis bidang dan tidak semestinya bertumpu kepada pertanian sahaja. Mereka juga bergiat dalam perdagangan dan juga pemasaran barangan. Selain daripada itu, sejarawan India seperti Ram Sharan Sharma menyatakan bahawa empayar Gupta sebenarnya adalah sebuah dinasti Vaishya yang "mungkin bertindak terhadap pemerintah-pemerintah yang zalim" sebelum muncul menjadi satu kuasa politik.

Kelompok ini terbahagi kepada beberapa jati pula. Yang terkenal di sebelah benua India sana adalah dari marga:
  • Agrahari
  • Agrawala
  • Barnwala
  • Gahoi
  • Kaswadhana
  • Khandelawala
  • Maheswari
  • Mahawara
  • Lohana
  • Oswala
  • Roniaura
  • Arya Vaishya
  • Vaishyawani dari Konkan dan Goa; serta
  • Modha dari Barat.