Chandala

Chandala bermaksud seseorang yang menguruskan upacara pengebumian atau mayat. Dia adalah seorang Hindu berkasta rendah dan tidak boleh disentuh langsung.

Klasifikasi

Varna merupakan hierarki sosial dalam India purba yang diasaskan dari Purusha Sukta dalam kitab suci Rgveda. Dalam pandangan Brahmana ini, varna-varna dicetuskan pada peristiwa tertentu dan tetap sahaja tidak berubah. Dalam konsep varna ini, kesucian dan pencemaran merupakan fokus utama dan kegiatan yang berkaitannya juga dicetuskan. Varna membahagikan masyarakat kepada empat bahagian dalam satu hierarki. Yang di luar daripada varna ini adalah Chandala.

Menurut Romila Thapar, terdapat dua pandangan mengenai kelompok ini iaitu:
  1. Mereka ini berdiam di hujung penempatan. Mereka terpaksa berundur disebabkan oleh pendatang membuka penempatan atau mereka berdiam di tempat yang menyebabkan mereka terpaksa memburu dan mengutip makanan. Bahasa mereka tidak difahami oleh orang Arya dan mereka pun tidak reti berbahasa seperti orang Arya. Pekerjaan mereka dipandang sangat hina termasuklah menganyam tikar mengkuang dan memburu.
  2. Pertumbuhan pekan-pekan di lembangan Indo-Ganga menyebabakan sesetengah orang ketinggalan. Mereka dipaksa melakuka kerja rendahan. Kerja-kerja ini dikaitkan dengan pencemaran dalam hierarki susunan upacara. Oleh itu mereka digelar sebagai Chandala.
Thapar membahaskan bahawa dua kategori ini, Brahman di atas dan Chandala di bawah, bertindak sebagai pengimbang sosial. Keadaan ini mewujudkan tenaga buruh yang kekal dan mudah dikawal dengan gabungan status warisan serta kemunduran ekonomi dan ketidakmampuan sosial. Dalam konteks penggunaan bahasa India moden, istilah ini dianggap sebagai menghina dan merujuk kepada seorang yang keji, hina dan menjijikkan.
 
Seorang orang alim Hindu pada abad ke-19 M, Swami Vivekananda, berasa simpati dengan golongan Chandala. Beliau ingin "meningkatkan taraf Chandala ini setaraf dengan taraf Brahmin."      

Rujukan: Sexual Ideology in Mahabharata