Pengertian Dewa

Dewa bermaksud sesuatu yang cemerlang, suci dan bersifat samawi. Perkataan dewa ini adalah perkataan bahasa Sanskrit bergender maskulin. Perkataan femininnya adalah dewi. 

Dalam sastera Veda awal, semua makhluk yang ghaib itu digelar sebagai asura. Konsep dan lagenda sentiasa berevolusi dalam sastera Hindu purba. Menjelang zaman Veda lewat, makhluk ghaib yang baik digelar sebagai dewasura. Dalam sastera selepas zaman Veda terwangsit seperti zaman Purana dan zaman Itihasa, dewa-dewa ini mewakili unsur kebaikan manakala asura mewakili unsur yang tidak baik. Dalam sesetengah sastera Hindu zaman pertengahan, dewa-dewa disebut sebagai sura yang berlawanan dengan saudara tiri mereka yang sama dari segi kuasa saktinya tetapi jahat dan menyusahkan orang merujuk kepada asura. Dewa-dewa bersama dengan asura, yakṣa (semangat alam semulajadi) dan rakṣasa (hantu) adalah sebahagian daripada makhluk ghaib yang terdapat dalam perbincangan alam semesta Hindu.