Dewata dan Bija Mantranya

Semua dewata mempunyai pelbagai fungsi mereka sendiri. Melalui amalan mantrayana ini, pengamal akan menjadi dekat kepada dewata bagi mantra tersebut. Maka, mereka pun akan berkongsi ciric-iri baik dari sang dewata itu.

Mula bagi semua mantra itu adalah dengan membaca mantra Gaṇeśa. Mantra dewata ini bermula dengan kata gaṃ. Dengan mengamalkan mantra ini, seorang sadhaka itu akan dapat melepasi segala halangan dalam hidupnya kerana ciri utama bagi dewa ini adalah memecahkan halangan. Begitu juga dengan dewi Saraswati yang mewakili ciri-ciri pelajaran, kesenian, kekaryawanan dan lain-lain.

Berikut adalah mantra-mantra yang mewakili dewata-dewata tertentu:
  • Gaṇeśa, mantranya gaṃ untuk perlindungan dan kejayaan
  • Kāli, mantranya kriṃ untuk perlindungan, pembebasan dan vijaya
  • Kṛṣṇa, mantranya kliṃ untuk kasih sayang, tarikan dan ketenangan
  • Lakṣmi, mantranya śriṃ untuk kemakmuran, kemewahan dan kecantikan
  • Rāma, mantranya Rāma Rāma Rāma, untuk keberanian, keadilan, perkahwinan dan cinta
  • Saraswati, mantranya aiṃ untuk kesenian, kecerdikan, muzik dan pengetahuan
  • Śakti, mantranya hriṃ untuk ciri-ciri baik, tenaga dan keluarga
  • Śiva, mantranya huṃ oṃ namah śivāya untuk perlindungan, kebebasan dan kesedaran
Yang yang tersebut di atas adalah antara yang terkenal, dikenali dari kesannya yang ampuh bagi bidang-bidang tertentu. Banyak lagi gabungan suku kata yang boleh membawa kepada kesan yang lebih mengkhusus. Daripada semua mantra ini, o adalah yang paling utama dan digunakan untuk penyerapan. Ia boleh dikesan sehingga ke jelmaan bindhu di mana kaivalya atau pembebasan kerohanian dicapai.

Walau bagaimanapun, maklumat yang paling rahsia sekali menyatakan bahawa mantra tertinggi itu dikenali sebagai panchadasaksari yang mengandungi 15 suku kata. Ia pantang untuk didedahkan dan hanya guru agung sahaja yang boleh memberi kenaikan kepada orang yang ingin mempelajarinya. Disebutkan bahawa pengetahuan mantra ini membolehkan pembebasan segera terjadi dan segalanya boleh dicapai melalui pengamalannya.