Sejarah Kshatriya

Zaman Rgveda Awal

Badan pentadbiran dalam zaman Rgveda berfungsi dengan seorang ketua puak yang disebut sebagai Rajan. Kedudukan Rajan ini bukan berasaskan warisan. Rajan ini dipilih dalam majlis puak, yang turut melibatkan penyertaan wanita, Samiti. Rajan melindungi puak dan lembu-lembu mereka. Rajan dibantu oleh seorang pedanda dan tidak selalunya bersama dengan tentera. Hanya kemudian sahaja, kelompok rajan ini terbit menjadi satu kelas sosial. Pada zaman itu, konsep varna empat itu masih lagi belum wujud.

Zaman Veda Kemudian

Ayat-ayat suci Purusha Sukta dari Rgveda menjelaskan mengenai terbitnya empat varna. Sesetengah sarjana menganggap bahawa Purusha Sukta tersebut merupakan interpolasi yang dimasukkan lewat kemudian dalam Rgveda berdasarkan kepada watak-watak neologi seperti yang dibandingkan kepada gaya purba dalam sastera veda.

Oleh sebab tidak semua orang Hindu diserap masuk dalam sistem varna ini, Purusha Sukta mungkin dikarang dalam usaha untuk melindungi kesahihan skema kasta masyarakat Veda secara warisan. Penjelasan alternatif bagi kata Sudra tidak pula muncul dalam Rgveda kecuali dalam Purusha Sukta. Keadaan ini menyebabkan sarjana percaya bahawa bahagian Purusha Sukta itu adalah karangan yang dimasukkan pada zaman Rgveda yang lewat untuk menggariskan dan mengesahkan amalan menindas yang sudah muncul ketika itu.

Walaupun Purusha Sukta menggunakan istilah rajanya, dan bukan kshatriya, ia masih dianggap sebagai ruang dalam teks Veda yang tetap apabila empat varna disebut untuk pertama kalinya bersama-sama. Penggunaan istilah rajanya kemungkinan menunjukkan mengenai 'saudara-saudara puak rajan' yang muncul sebagai kumpulan sosial yang tersendiri menjelang penghujung zaman Veda. Istilah rajanya kemudian digantikan dengan kshatriya. Istilah rajanya menekankan hubungan sesama puak manakala kshatriya menekankan penguasaan ke atas domain khusus. Istilah rajanya juga tidak menekankan warisan keturunan seperti istilah kshatriya.

Jaiswal menunjukkan bahawa istilah Brahman jarang berlaku dalam Rgveda dengan pengecualian dalam Purusha Sukta sahaja dan mungkin tidak digunakan untuk kelompok pedanda. Berdasarkan kepada Panini, Patanjali, Katyayana dan Mahabharata, Jayaswal percaya bahawa istilah Rajanya merupakan nama bagi orang politik dan orang yang memegang jawatan ini adalah orang yang dipilih secara demokrasi. Sesetengah contoh adalah para Rajanya Andhaka dan Vrsni yang mengikut sistem ini. Ram Sharan Sharma menjelaskan butiran tentang bagaimana ketua pusat ini dipilih oleh pelbagai ketua keluarga atau ketua keturunan dengan polarisasi bertambah antara rajanya (aristokrat yang membantu pemerintah) dan vis (petani) membawa kepada perbezaan antara ketua-ketua ini sebagai satu kelas yang berbeza (raja, rajanya, kshatra, kshatriya) dan vis (petani keluarga).

Istilah kshatriya ini muncul dari kata kshatra yang menekankan kepada penguasaan sementara dan kuasa yang didasarkan kepada sedikit sebagai ketua dalam peperangan dan lebih kepada kuasa jelas untuk menetapkan dakwaan mengenai kedaulatan terhadap sesuatu rantau serta menjadi lambang kepada pemilikan ke atas tanah-tanah suku kaum. Hal ini seterusnya menimbulkan buah fikiran bagi kewujudan sistem beraja.

Pada zaman Brahmanas, terdapat kekaburan pada kedudukan varna. Dalam Panchavimsha Brahmana (13,4,7), Rajanya ditempatkan pada kedudukan pertama, diikuti oleh Brahmana dan kemudian Vaishya. Dalam Shatapatha Brahmana 13.8.3.11, golongan Kshatriya diletakkan di tempat kedua. Dalam Shatapatha Brahmana 1.1.4.12, susunannya adalah Brahmana, Vaishya, Rajanya dan Sudra. Susunan mengikut tradisi Brahmana iaitu Brahmana, Kshatriya, Vaishya dan Sudra ditetapkan pada zaman Dharmasutra.

Kshatriya selalunya dianggap sebagai golongan yang dihormati dalam kelompok penganut ajaran Buddha. Dalam masyarakat Hindu sendiri pun, kelompok ini kadang-kala bersaing dengan kelompok Brahmin, namun mereka secara umumnya dimaklumi lebih tinggi kedudukannya daripada kelompok pedanda.

Peranan Sejarah

Varna ini biasanya diisi oleh kelompok aristokrat namun tidak semestinya orang kaya. Raja-raja umumnya datang dari varna ini dan sudah diketahui umum bahawa menjadi dharma atau tanggungjawab mereka untuk mencari ilmu senjata di samping memperkembang kemahiran mereka untuk mentadbir dengan baik dan memerintah kerajaan.

Dhanurveda atau ilmu senjata adalah salah satu daripada 13 cabang ilmu yang dipelajari oleh orang kshatriya. Kedua-dua, raja dan tentera direkrut dari kalangan varna ini namun tidak semestinya semua orang kshatriya itu menjadi tentera. Ramai juga kshatriya yang menjalankan pekerjaan dalam bidang pembuatan atau perdagangan berbanding dengan menjadi pendekar profesional. Keluarga-keluarga kshatriya masih mengekalkan amalan-amalan varna mereka, termasuklah bentuk perkahwinan yang khas. Lelaki kshatriya dibenarkan membawa wanita yang dimenanginya menjadi isterinya menerusi swayembara memanah. Arjuna, Rama dan Siddhartha Gautama pun memenangi isteri mereka menerusi acara ini.