Sambutan oleh Penganut Vaisnava

Acarya-acarya Vaisnava terkenal turut menggalakkan supaya malam Sivaratri dilaksanakan dengan pemujaan. Berikut merupakan Śiva-tattva terbitan Penerbitan Gaudiya Vedanta:
Kami memberi tabik sembah kepada betara Śiva sebagai guru agung Vaiṣṇava dan sebagai guru. Baginda tidaklah dipuja berasingan. Kami melaksanakan Śiva-ratri, hari penjelmaan baginda, dan kami memuliakan baginda kerana hubungannya dengan Śrī Kṛṣṇa. Śrīla Sanātana Gosvāmī turut menulis dalam Hari-bhakti-vilāsa bahawa semua penganut Vaisnava mestilah menjalani Śiva-caturdaśī atau Siva-ratri. Betara Siva yang penuh nilai-nilai kebajikan mestilah dihormati dengan menjalani upacara pada malam Siva-ratri.
Bacaan kebaktian untuk baginda itu berbunyi:
vṛndāvanāvani-pate! jaya soma soma-maule
sanaka-sanandana-sanātana-nāradeḍya
gopīśvara! vraja-vilāsi-yugāṅghri-padme
prema prayaccha nirupādhi namo namas te

Sankalpa-kalpadruma, 103

Ertinya:

Wahai penunggu hutan Vṛndāvana! Wahai Soma, jayalah engkau! Wahai baginda yang dahinya dihiasi bulan, yang dipuja oleh resi-resi didahului oleh Sanaka, Sanandana, Sanatana dan Narada! Wahai Gopisvara! Hajat aku, supaya dikarunia dengan prema dari paduka teratai Śrī Śrī Rādhā-Mādhava, yang menjalankan masa lampau penuh bahagia dalam Vraja-dhāma, aku mempersembah kebaktian kepada mu kali ini dan lagi.