Intipati Sanatana Dharma


Dharma dalam agama umat Hindu ditandai oleh sifat rasional yang tinggi. Menerusi jalan yang penuh liku dari harapan yang samar-samar dan amalan menanggalkan duniawi dari hati, ajaran-ajaran yang ketat dan petualangan jiwa tanpa mengenal erti takut, melewati tempoh empat atau lima milenia dengan upaya-upaya tanpa henti dalam bidang ilmu alam ghaib dan keagamaan, para maharesi sekelian telah mencuba untuk merungkaikan masalah-masalah terakhir dalam suatu kesetiaan kepada kebenaran dan perasaan atas kenyataan. Tamadun brahmana, terlatih untuk meneliti masalah persekitaran tanpa mengikut emosi dan meletakkan kesimpulan mereka atas pengalaman-pengalaman yang paling asas.

Perkara yang memandu para maharesi untuk mengangkat pernyataan mengenai Tuhan atau Yang Hakikat itu adalah keleburan segala makhluk (ciri-ciri tidak kekal). Dunia yang terbentang ini kelihatan begitu sahaja di penglihatan kita, namun ia kelihatan melampaui batasan diri dan jiwa tanpa diketahui pengakhirannya di penglihatan resi-resi. Mereka lalu mengemukakan pertanyan: Apakah semua ini akan lenyap? Atau apakah kutuk yang menelan hal-hal ini menemukan kendalinya di suatu tempat entah di mana? Dan mereka menjawab: Ada sesuatu di dunia ini yang tidak berubah-ubah, suatu yang mutlak yang tak dapat dihancurkan, iaitu Tuhan.

Pengalaman mengenai hal yang tak terbatas ini atau mengenai Tuhan, diberikan kepada kita semua pada beberapa kesempatan ketika kita menyerap kilatan rahsia yang amat kuat, dan merasakan kehadiran jiwa yang lebih besar dan menyelubungi kita penuh jaya. Bahkan pada saat bermusibah dalam kehidupan, ketika kita merasakan diri kita ini miskin dan kekurangan dalam menyedari keagungan Tuhan dalam diri kita membuat kita merasa bahwa kesalahan dan kesedihan dunia hanyalah kecelakaan kecil (insiden) dalam sebuah drama yang lebih besar yang akan berakhir dalam kekuasaan, kemegahan dan cinta kasih.

Upanishad-upanishad menyebut bahawa: "Tatkala tak ada semangat kebahagian di alam semesta ini, siapa yang dapat hidup dan bernafas dalam dunia kehidupan ini?" Secara falsafahnya, Tuhan adalah Brahman yang memiliki jati tersendiri yang mengungkapkan (mewahyukan) diri-Nya dalam segala perkara, yang menjadi landasan abadi dari perjalanan dunia ini merentas masa. Secara agama, ia diihat sebagai kesadaran jiwa yang suci, terkandun dalam seluruh gerak dunia, dengan evolusi dan involusinya.

Melalui perjalanan sejarahnya yang panjang, keesaan Tuhan telah menjadi cita-cita yang menuntun (governing ideal) dari agama Hindu. Rgveda mewartakan kita mengenai Tuhan, Satu Hakikat Kenyataan Terakhir, Ekam Sat, mengenai Dialah para cendekiawan terpelajar menyebutnya dengan berbagai nama. Upanisad-upanisad juga menyatakan bahwa Tuhan yang Satu itu disebut dengan berbagai nama sesuai dengan peringkat  kenyataan Dia itu dilihat bertindak.

Konsep Trimurthi muncul dari zaman itihasa, dan dimantapkan dalam zaman purana. Analogi dari kesedaran manusia, dengan tiga lapis kegiatan, iaitu:
  • mengetahui; cognition.
  • merasai; emotion.
  • kehendak; will.
Hal ini menyarankan pandangan mengenai Tuhan sebagai: 
  • Sat, hakikat.
  • Cit, kebijaksanaan.
  • Ananta, kebahagiaan.
Begitu juga Tuhan dikaitkan dengan kemunculan Triguna yang menjadi unsur-unsur yang terkandung dalam sekelian kejadian:
  • Sattva, ketenangan, kemurnian, penciptaan dan kesucian.
  • Rajas, tenaga yang menjelma dari rasa penuh bersemangat.
  • Tamas, kemandoman dan kelembaman akibat kurang kendalian serta pencerahan.
Dewa-dewa sendiri pun tidak terkecuali dari hukum Triguna ini sebagai sebahagian daripada makhluk-makhluk hidup.

Tiga fungsi Tuhan iaitu:
  • utpeti (risti), penciptaan. 
  • sthiti, pemeliharaan.
  • pamralaya, pralina atau peleburan juga berasal dari Triguna ini. 
Semuanya pun melibatkan Triguna. Triguna ini diwakili pula oleh menteri-menteri bagi-Nya iaitu:
  • Viu, Pemelihara di Jagat Raya, Jiwa Tertinggi yang dicondongi oleh sifat Sattva.
  • Brahma, Pencetus di Jagat Raya, Jiwa Tertinggi yang dicondongi oleh sifat Rajas.
  • Śiva, Pelebur di Jagat Raya, dicondongi oleh sifat Tamas.
Tiga Sifat Tuhan Yang Mahā Tunggal itu dikembangkan dalam tiga peribadi yang berlainan. Masing-masing dijelaskan sebagai berfungsi menerusi sakti masing-masing iaitu:
  • Lakmi
  • Saraswati
  • Parvathi.
Dari segi pemahaman literal, ketiga-tiga sifat tersebut seimbang bagi Tuhan sehinggakan Dia dijelaskan sebagai tidak bersifat sama sekali. Tuhan pada hakikatnya tidak mampu difahami oleh akal manusia. Tuhan itu Maha Mengetahui, Maha Kuasa dan berada di merata-rata. Tempat-tempat yang berbeza bagi fikiran yang berbeza, dalam cara yang berbeza-beza. Satu teks purba menyebut bahawa rupa itu diberi kepada yang tidak berupa demi kepentingan manusia belaka.

Dengan berfikiran luas yang merupakan ciri-ciri bagi sifat dan falsafah, orang Hindu mempercayai perhubungan dari kepercayaan orang awam yang menganuti kepercayaan itu. Agama bukanlah sekadar teori mengenai hal-hal yang ghaib yang dapat kita guna atau kita tinggalkan menurut keinginan kita saja. Agama merupakan pernyataan dari pengalaman kerohanian dari bangsa yang bersangkutan, catatan dari evolusi sosialnya, bahagian yang tak boleh dipisahkan dari sesuatu mayarakat yang menganutinya. Bahawasanya, orang yang berbeza akan menganuti kepercayaan yang berbeza pula. Perkara ini bukanlah sesuatu yang tidak saintifik. Hal ini melibatkan juga citarasa masyarakat dan kecenderungan mereka. Ruchinan vaichitriyat

Ketika orang Arya bertembung dengan penduduk-penduduk asli di sekitar rantau Himalaya, didapati bahawa mereka itu sudah pun memuja dewa-dewa yang bermacam-macam. Mereka tidak pula memaksa penduduk-penduduk di situ memeluk kepercayaan mereka. Mereka berpendapat bahawa pada penghujungnya, manusia akan sedar juga bahawa Tuhan itu Mahā Ea.

Menurut Bhagavadgita, Tuhan tidak akan menolak keinginan pemuja-Nya semata-mata kerana mereka itu tidak pernah merasai kekacauan dan kebingungan. Guru-guru agung di dunia yang memiliki cukup penghormatan terhadap sejarah dunia tidak akan cuba untuk menyelamatkan dunia dalam turunan mereka dengan memaksa pertimbangan-pertimbangan mereka yang sudah maju itu terhadap mereka yang belum mengerti atau tidak memahaminya.

Para maharesi, di samping mengamalkan ideal yang tinggi, memahami ketidaksediaan rakyat untuk hal itu. Oleh itu mereka memberi khidmat dan layanan dengan lemah lembut berbanding dengan memaksa secara kasar. Mereka mengakui dewa-dewa yang lebih rendah dan dipuja oleh orang kebanyakan dan memberitahu mereka bahawa dewa-dewa tersebut berkedudukan lebih rendah daripada Brahman atau Tuhan Yang Maha Tunggal.

Sementara itu, beberapa kelompok manusia mengenalpasti dewa-dewa di air, yang lain di kayangan, yang lain dalam benda-benda dunia, orang-orang bijaksana pula menemukan Tuhan Yang Benar, Yang Keagungan-Nya hadir di merata alam, dalam Atman. Sloka yang lain mengatakan bahawa, "Manusia yang bercirikan tindakan (man of action) menemui Tuhan dalam api, manusia bercirikan perasaan (men of feeling) menemui Tuhan dalam hati, manusia yang masih rendah kemampuan berfikirnya menemukan Tuhan dalam tugu-tugu berhala, tetapi manusia yang kuat secara rohaniah menemui Tuhan di segenap penjuru arah".

Sistem agama dan falsafah Hindu mengakui evolusi dan involusi dunia secara menurut turutan zaman yang memprsembahkan detak jantung sejagat, yang ada masanya diam dan ada masanya aktif. Seluruh dunia merupakan pengejawantahan dari Tuhan. Sahayanya, mengamati bahwa segala sesuatu adalah wahana atau kendaraan tadi terjelma dari Jiwa Yang Tertinggi (Tuhan). Mahluk dibezakan dalam beberapa tingkatan. "Di antara mahluk, yang bernafas yang tertinggi; di antara ini, mereka yang telah mengembangkan fikirannya; di antara ini, mereka yang telah memperguna pengetahuannya; sementara yang tertinggi adalah mereka yang dikuasai oleh perasaan mengenai kesatuan dari semua kehidupan dalam Tuhan. Jiwa yang satu mengungkapkan dirinya melalui tingkatan yang berbeza-beza".

Yang tak terbatas dalam diri manusia tidak dapat dipenuhi oleh bentuk dunia terbatas yang fana. Kebebasan adalah harta milik kita, bila kita lari dari perkara yang sementara dan terbatas dalam diri kita. Makin banyak hidup kita menjelmakan perkara yang tak terbatas dalam diri kita. Makin tinggi kita berada dalam tingkatan hidup. Jelmaan yang paling tinggi disebut Avatara atau titisan dari Tuhan pula yang kita temui. Perkara ini bukanlah suatu yang luarbiasa atau keajaiban, sebaliknya hanya merupakan jelmaan yang lebih tinggi dari prinsip tertinggi, berbeza dari mereka yang umum yang lebih rendah dalam darjat rohaninya.

Bhagavadgita mengatakan bahawa sekalipun Tuhan itu ada dan bergerak dalam segalanya, Dia mengungkapkan dirinya dalam darjat khusus menerusi hal-hal yang indah. Para maharesi dan para Buddha, para Jina para Nabi dan Mesiah, semuanya pun merupakan ungkapan terdalam dari Jiwa Sejagat. Bhagavadgita menjanjikan bahawa mereka itu akan muncul apabila mereka diperlukan. Tatkala kecenderungan kebendaan yang merendahkan atau menguasai kehidupan, seorang Rama atau Krishna atau seorang Buddha akan muncul di dunia untuk memperbaiki muhibah kebenaran. Mereka muncul dalam diri manusia yang telah memutuskan kekuasaan indria, membuka hati yang penuh kasih, dan memberikan kita inpirasi akan kasih, kebenaran dan keadilan, memberi kita tumpuan yang kuat kepada Tuhan. Mereka mengungkapkan kepada kita jalan, kebenaran dan kehidupan. Mereka tentu saja melarang penyembahan membuta tuli terhadap diri mereka, kerana hal ini akan menurunkan pengejawantahan dari Jiwa yang Agung.

Rama mengungkapkan dirinya tidak lebih dari anak seorang manusia. Seorang Hindu yang mengetahui sesuatu mengenai keyakinannya mestilah bersedia untuk memberikan rasa hormat kepada setiap penolong kemanusiaan. Dia percaya bahwa Tuhan menjelma dalam diri seorang manusia. Penjelmaan suci bukanlah bermaksud pelanggaran terhadap kepribadian manusia sebaliknya, ia merupakan darjat kemungkinan tertinggi dari pengejawantahan-diri manusia yang alamiah disebabkan oleh hakikat sebenarnya dari jiwa manusia itu adalah suci murni.

Tujuan dari hidup adalah pengungkapan secara perlahan dari yang abadi dalam diri kita, dari kewujudan kemanusiaan kita. Kemajuan umum diatur oleh karma atau hukum sebab akibat dan susila. Agama Hindu tidak mempunyai kepercayaan mengenai Tuhan yang dari kerusi pengadilannya menimbang setiap kes secara terpisah dan menetapkan balasan-Nya. Dia tidak melalukan keadilan dari luar, menambah atau mengurangi hukuman berdasarkan kehendak-Nya sediri. Tuhan ada "dalam" jiwa manusia, dan demikian juga karma hukum adalah merupakan bahagian semulajadi dari hakikat manusia.

Setiap saat ada pada pengadilannya tersendiri. Ia wujud dalam setiap usaha yang jujur dan memberikan kebaikan dalam upaya dalaman seseorang manusia. Peribadi yang kita bangunkan itu akan berlanjutan sehingga ke masa depan sehingga kita menyedari kesatuan kita dengan Tuhan. Anak-anak Tuhan, yang dalam pandangannya satu tahun adalah seperti satu hari, tidaklah merasa perlu kecil hati apabila tujuan kesempurnaan itu tidak tercapai dalam suatu kehidupan.

Kelahiran kembali diterima oleh semua penganut Hindu. Dunia ini dipelihara oleh sebab kesalahan-kesalahan kita. Kekuatan-kekuatan yang menyatukan segala ciptaan itu adalah seperti titik kehidupan kita yang terputus-putus yang perlu diperbaharui. Alam semesta telah muncul dan lenyap berulang-kali tidak terhitung di masa lampau yang panjang, dan akan terus berlanjut dilebur dan dibentuk kembali melalui keadilan yang tak dapat dibayangkan di masa yang akan datang.

Jasa baik perkongsian: Laman Sesawang Komuniti Hindu Dharma Bali Batam
Bahasa Asal: Bahasa Indonesia
Diterjemah: Seksyen Hinduisme Northern Gate
Bahasa Terjemahan: Bahasa Melayu Moden versi Republik India.