Syurga dan Alam-Alam Cerah di Jagat Raya

Dari alam-alam yang wujud di bawah Maharloka itu, roh-roh manusia perlu terjelma semula di alam bumi untuk menyelesaikan perjalanan takdir dan menyelesaikan dana memberi dan menerima mereka. 

Jika seseorang itu mencapai Maharloka pada tahap kerohanian 60% samashti sadhana atau 70% vyashti sadhana atau mencapai Janaloka pada tahap kerohanian 70% samashti sadhana atau 80% vyashti sadhana selepas kematian, seseorang itu tidak perlu terjelma semula kerana semua takdir yang berbaki boleh diselesaikan dari alam-alam yang wujud itu sendiri. 
Namun, roh-roh yang telah berevolusi boleh juga memilih untuk dijelmakan semula atas kehendak mereka sendiri. Mereka melakukan sedemikian mungkin dengan tujuan untuk menjadi panduan rohaniah untuk manusia lain yang masih di bumi.  

Dalam sesetengah keadaan, orang yang sudah meninggal dunia walaupun tahap rohaninya kurang daripada 60% tetap boleh mencapai Maharloka. Di sini, keupayaan seseorang untuk perkembangan rohani dipertimbangkan. Melalui kajian rohani oleh SRF, didapati bahawa terdapat lima faktor yang memberi pengaruh kepada keupayaan untuk kemajuan rohani lanjut iaitu:
  • Mempunyai tahap emosi rohani atau bhāv yang tinggi
  • Mempunyai tahap ego yang kurang
  • Berkeinginan kuat untuk kemajuan rohani
  • Menjalankan amalan rohani secara malar
  • Dipengaruhi atau tidak dipengaruhi oleh tenaga negatif
Oleh kerana dipengaruhi oleh tenaga negatif, maka terhalanglah kemampuan untuk perkembangan rohani. Maka, jika tahap rohani di bawah 60% untuk samashti sadhana atau 70% bagi vyashti sadhana dan mempunyai sifat-sifat baik yang terjejas, maka kemampuannya untuk mencapai alam rohani yang tinggi seperti Maharlok pun menjadi terbatas.

Jika seseorang itu mencapai Tapoloka atau Satyaloka selepas kematian, maka orang tersebut tidak akan terjelma di alam bumi yang wujud lagi tetapi akan terus menjalani amalan rohani dari alam yang wujud hingga ia kembali sebenar-benarnya kepada Tuhan.

Kepentingan Satah Kewujudan Bumi

Satah ini adalah satu-satunya satah yang kita boleh menjalani amalan rohaniah dan meningkatkan pencapaian rohaniah dalam masa yang singkat. Selain itu, ia menjadi medan untuk menyelesaikan hutang-piutang kelahiran lampau dengan segera. 

Dengan bantuan jasad yang menanggung roh kita ini, kita boleh menjalankan banyak amalan yang penting untuk peningkatan rohaniah dan mengurangkan asas komponen Tama yang halus dalam jiwa kita. Selain daripada bumi, peningkatan rohani kemungkinannya berlaku hanya di rantau atas dari Svarga seperti di Maharloka dan seterusnya. Hal ini kerana di Svarga, roh akan terperangkap dalam kesenangan syurgawi yang diterimanya tanpa menyedari bahawa hal ini tidak kekal.

Di satah kewujudan neraka dan patala pula, hukuman yang diterima amatlah azab pedih dan tekanan dari hantu tahap tinggi menjadikan roh itu sukar untuk mencapai kerohanian tinggi kerana kesengsaraan yang diterimanya itu menjadikannya mustahil untuk menjalani amalan kerohanian. Oleh itu, mohon jangan memandang rendah mengenai hal Svarga dan Neraka kerana kedua-duanya bukan perkara main-main.