Dewata dalam Kehinduan

Ilustrasi mengenai dewa-dewa utama itu termasuklah:
  • Betara Viṇu dan dewi Śri (Laksmi)
  • Betara Śiva dan dewi Parvati (Durga)
  • Betara Brahma dan dewi Saraswati
Dewata-dewata ini mempunyai keperibadian tersendiri dan rumit pula untuk dijelaskan dengan perkataan namun dipandang sebagai aspek-aspek yang tercetus dari Hakikat Tertinggi yang disebut sebagai Brahman.

Dari zaman purba lagi, buah fikiran mengenai kesetaraan sentiasa diraikan oleh orang Hindu. Keadaan ini boleh dilihat dalam teks-teks sasteranya dan dalam pahatan-pahatan dari awal milenia yang pertama dengan konsep-konsep seperti Harihara (separuh Śiva dan separuh Vishnu). Ardhanariśvara (separa Śiva, separa Parvati) atau Vaikuntha Kamalaja (separa Viṣṇu, separa Lakṣmi), dengan cetera dan kuil-kuil yang memaparkan mereka bersama, mengisytiharkan bahawa mereka itu setara.

Dewata-dewata utama ini mewangsitkan tradisi Hindu mereka sendiri, seperti tradisi Vaishnava, Saiva dan Sakti. Namun, aliran-aliran ini berkongsi pula cetera-cetera agamanya, tatabahasa keupacaraannya, falsafah agamanya, aksiologi dan polisentrismenya. Sesetengah tradidi Hindu lain seperti tradisi Smarta dari pertengahan milenia pertama masihi pula mengelaskan dewata utama ini sebagai penjelmaan Saguna Brahman yang menjadi jalan untuk menyedari Nirguna Brahman.

Dewata-dewata ini diwakili oleh rupa berbentuk ikon atau anikon, dalam lukisan dan pahatan-pahatan yang disebut sebagai murti atau pratima. Tradisi Hindu seperti tradisi Charvaka purba menolak dewata-dewata ini serta konsep dewata. Pada abad ke-19 M, muncul gerakan dalam pemerintahan British di India seperti Arya dan Brahmo Samaj yang menolak semua dewata ini sebaliknya menerima pakai konsep monotheism yang serupa dengan agama Abrahamic.

Dewata Hindu turut diterima dalam agama Hindu lain seperti agama Jain dan di rantau luar benua India seperti di Jepun atau Thailand yang mengamalkan ajaran Buddha. Dewata ini ada dipuja di kuil-kuil tempatan dan kesenian masing-masing.

Dalam teks-teks purba dan zaman pertengahan Hindu, tubuh badan manusia ini diibaratkan sebagai sebuah kuil dan dewata digambarkan berdiam dalam bahagian-bahagian tubuh badan manusia. Di samping itu, Brahman pula dijelaskan sebagai berhubung dengan Atman (diri, roh) yang dipercayai oleh orang Hindu sekelian sebagai abadi dan berada dalam setiap makhluk di alam buana ini. Dewata dalam agama Hindu adalah pelbagai dan mengikut tradisinya pula.. Seorang Hindu itu boleh memilih untuk menjadi seorang polytheist, seorang pantheist, seorang yang monotheist, seorang yang agnostic, seorang ateis atau seorang yang humanis. Tiada sebarang hukuman duniawi dikenakan kepadanya untuk pilihannya.