Kewujudan 14 Alam

Disebutkan bahawa wujud 14 alam utama yang terdapat dalam alam semesta ini. Tujuh daripadanya adalah alam yang cerah, sedangkan baki tujuh daripadanya adalah alam gelap. Tujuh alam yang gelap itu disebut sebagai patala atau neraka. Dalam 14 alam ini, wujud pula alam-alam yang seterusnya. 

Alam Cerah

Alam-alam yang ini dihuni oleh mereka yang hidup dan roh-roh yang berbuat kebajikan. Mereka terlibat dalam amalan rohani mengikut jalan yang cerah pula. Ia disebut sebagai, saptaloka. Dengan jalan kebajikan, maksudnya mereka cenderung kepada amalan kerohanian yang menuju ke arah ketakwaan dan menyedari Tuhan. Hal ini diperkira sebagai perkembangan rohaniah yang muktamad.

Alam bumi pula cumalah alam jasmani yang wujud dalam alam semesta ini. Ia adalah alam pertama yang wujud dalam hierarki kedudukan alam-alam cerah dalam alam semesta yang ini.

Alam Gelap

Alam-alam ini dihuni oleh roh-roh yang melakukan kemaksiatan dan kejahatan. Mereka terlibat dalam amalan rohaniah yang mengikut cara keburukan. Dengan cara begini, kecenderungan mereka adalah demi mendapatkan kuasa kesaktian rohaniah yang bersifat hitam dan bertujuan busuk. Mereka ini akan bergerak ke salah satu alam neraka yang wujud dan menjadi hantu berkadaran dengan niat buruk mereka. 

Dalam alam patala itu, wujud pula alam-alam lain yang lebih ke bawah disebut sebagai, neraka pertama. Neraka ini dikhususkan kepada hantu yang paling teruk perangai dan kecenderungannya contohnya seperti iblis, setan dan tenaga-tenaga yang negatif. Yang berdiam di situ menghadapi hukuman yang pedih dalam jangkamasa yang panjang dan lama.