Konsep di sebalik bunyian suci

Konsep bunyian suci ini tidak dapat dijelaskan panjang lebar tanpa penglibatan dari konsep dewata dalam perhatian kita.

Mantra tercetus dengan buah fikiran ini sejak beribu-ribu tahun lamanya. Ia muncul sejak zaman subuh kemanusiaan. Satu dewata, seperti yang difahami dalam tradisi Hindu, adalah jelmaan atau fungsi kepada Kesedaran Sejagat. Kesedaran Sejagat ini disebut sebagai Cit.

Buah fikiran utama mengenai dewata ini adalah, mereka menjelma secara luaran dan dalaman sepanjang yang dirasai oleh tubuh manusia. Oleh itu, dewata ini boleh diketahui menerusi pengalaman dan mental. Pada peringkat ini, dewata dilihat sebagai makhluk yang berhati nurani selain daripada mempunyai dinamika untuk menjelma dalam bentuk tertentu.

Dalam seloka-seloka mantra itu, terdapat bahagian yang menghubungkan pengamalnya dengan dewata tertentu. Mantra makanya adalah formula bunyi suci yang terbentuk dari rupa halus dewata. Ia adalah getaran yang mengungkap rupa dewata, bahagian kesedaran yang mewakili dewata itu. Mantra-mantra ini melebar secara meluas dari jelmaan-jelmaan dari alam manusia sehinggalah ke alam Brahman.

Dari konsep ini, tiada sebarang had dalam mendapatkan sesuatu pun dalam alam jelmaan-jelmaan Brahman yang mengambil rupa Prakrti (alam semulajadi). Hal ini muncul menjadi buah fikiran yang menakjubkan kerana mantra memberikan alat yang betul bagi mencapai jelmaan dewata. Ia memberikan maklumat mengenai prinsip-prinsip di sebalik alam tersebut dan membolehkan pengamalnya turut serta dalam alam dewata.