Lagenda Mahā Śiva Ratri

Perayaan ini dikaitkan dengan pervivahan antara Betara Śiva dengan Devi Parvati. Lagenda-lagenda turut menyebut bahawa pada hari ini, baginda Betara Śiva sukacita dan memberi cahaya lebih gemilang kepada para devata yang lain-lain. Perayaan ini turut merayakan malam apabila baginda Betara Śiva menjalankan Tandavam, iaitu tarian Jagat. 

Menurut lagenda lain dari cetera Samudra Manthan, Baginda Betara Śiva menyelamatkan Jagat Raya dari kesan buruk racun yang muncul dari peristiwa putaran susu Jagat. Baginda menelan kesemua racun tersebut. Kemudian, menerusi kesaktian Yogi baginda, racun tersebut tertahan di tekak baginda. Maka, tekak baginda menjadi kebiru-biruan kerana kesan racun tersebut. Maka, baginda pun diberi gelaran Nīlakanṭha.

Selain itu, terdapat juga ceritera selepas penciptaan bumi lengkap, devi Parvati pun bertanya kepada Betara Śiva, anak bakti manakah yang menarik perhatian baginda dan upacara apakah yang menyenangkan baginda? Baginda menjawab, malam ke-14 dari bulan baru, dalam purnima gelap ketika bulan Phalguna adalah hari kesukaan baginda. Devi Parvati pun mewartakan sabda baginda tersebut kepada devata, dan sabda ini tersebar ke seluruh ciptaan di dunia ini.

Begitulah ringkasnya, lagenda-lagenda yang berhubung dengan perayaan ini untuk rujukan rakan-rakan yang ingin mengetahui kepentingan perayaan ini.