Penentu halatuju selepas kematian

Pada saat kematian, jasad kita akan menjadi tidak aktif. Tenaga nyawa yang digunakan untuk menjadikan jasad kita berfungsi itu terbebas ke alam semesta. Tenaga nyawa yang keluar pada saat ajal itu menolak roh keluar dari rantau Bumi. Sama seperti berat dari peledak menentukan berapa jauh roket akan dilancarkan, sama juga lah dengan roh menentukan lapisan kewujudan mana yang ia akan pergi dalam alam barzakh. "berat" roh ini pada asasnya ditentukan oleh berapa banyak komponen Tama yang ada dalam diri kita.

Tiga komponen asas halus: Setiap seorang daripada kita ini mempunyai tiga guna atau komponen roh. Komponen-komponen ini bersifat spiritual dan psikologi dan tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Ia dinilai pada keperibadian kita.
  • Sattva, kesucian dan ilmu pengetahuan
  • Raja, tindakan dan keghairahan
  • Tama, kejahilan dan penyentot. Pada zaman ini, komponen Tama dalam orang awam kebanyakannya setinggi 50%.
Cuba baca rencana mengenai triguna.

Semakin banyak kita diisi dengan komponen Raja-Tama, maka banyaklah kita memaparkan sikap-sikap seperti berikut. Sikap ini akan menambahkan beban berat dan memberi kesan kepada tahap kewujudan manakah yang kita akan pergi selepas meninggal dunia:
  • Banyak terikat hatinya dengan benda duniawi dan mementingkan diri
  • Banyak hajat yang tidak dipenuhi
  • Perasaan dendam 
  • Banyak dosa
  • Banyak kecacatan peribadi seperti marah, tamak, dengki, takut dan lain-lain
  • Tinggi ego. Dengan menyebut ego, dimaksudkan bahawa berapa banyak seseorang itu mengenalpasti dirinya dengan jasadnya, pemikirannya dan kebijaksanaannya berbanding dengan roh yang berada di dalam?
  • Penyebab kepada rendahnya tahap rohaniah
Menurunnya tahap komponen Tamaguna dalam diri kita serta sikap kita itu dikaitkan dengan amalan rohani yang konsisten mengikut kepada enam peraturan asas amalan rohaniah. Peningkatan psikologi dengan buku peningkatan kendiri atau cuba menjadi baik cuma superfisial dan sebentar sahaja kesannya.

Kepentingan keadaan mental pada saat ajal

Keadaan mental pada saat ajal adalah sangat penting. Keadaan mental kita umumnya relatif dengan bahagian guna dalam diri kita. Jika seseorang itu melakukan amalan-amalan rohaninya seperti namajapa pada saat kematian, maka pengaruh seperti nafsu, keterikatan hati, hantu setan dan lain-lain dapat dikurangkan dari mengganggu berbanding dengan tidak membaca namajapa. Namajapa meringankan roh. Oleh itu, jika seseorang itu meninggal dunia semasa membaca namajapa, maka dia akan berpeluang naik ke kewujudan yang lebih baik di antara alam halus.

Pada saat ajal, jika seseorang itu membaca namajapa dan berada dalam keadaan berserah kepada kehendak Tuhan, maka dia akan mencapai tempat yang lebih baik dalam kewujudan halus selepas kematiannya dan perjalanannya pun akan mengambil kelajuan sejauh kelajuan vajra. Hal ini kerana, orang yang berada dalam keadaan menyerah diri dalam kewujudannya di satah kewujudan bumi akan mempunyai peluang yang kurang untuk meningkatkan egonya dalam kehidupan selepas kematiannya. Selain itu, seluruh tanggungjawab terhadap kebajikannya selepas kematian nanti akan ditanggung oleh Guru nya.