Rentetan Selepas Kematian


Kajian alam ghaib menunjukkan bahawa manusia ini terdiri daripada empat tubuh yang asas. Ia dijelaskan seperti berikut:
  • Jasad
  • Akal
  • Kecerdasan akal
  • Ego halus atau kecerdasan lampau akal
Jasad manusia terdiri daripada badan manusia yang menampung tubuh halus kita ini. Ia mempunyai lima deria seperti rasa, sentuhan, pendengaran, bau dan penglihatan. Selain itu, tubuh ini turut mengandungi tenaga untuk hidup yang disebut sebagai, prana-sakti

Tubuh Halus Manusia

Hal ini adalah yang terkandung dalam roh manusia iaitu:
  • Ego halus, perasaan bahawa kita ini terpisah dari-Nya
  • Kecerdasan akal, terlibat dalam proses pembuatan keputusan
  • Jiwa, yang menghubungkan kita dengan-Nya
Tubuh-tubuh halus ini, disebut sebagai linga-deha dalam bahasa Sanskrit. Selepas ajal, tubuh halus kita ini akan bergerak ke alam-alam yang lebih halus seperti syurga (sorgaloka), alam bawah (bhuvarloka) atau pun neraka (patala). Naik atau turunnya tubuh halus seseorang itu, bergantung pula kepada pahala yang dijana oleh karma atau amalannya pada kehidupan yang lalu. 

Setelah menghembuskan nafas terakhir lalu meninggal dunia, tubuh seseorang itu akan dibakar habis menjadi serbuk atau mereput lalu hancur di dalam tanah. Namun, kewujudan yang satu lagi atau kesedaran itu masih berterusan. Kewujudan seseorang tanpa jasadnya ini, disebut sebagai linga-deha atau tubuh halus. Ia terdiri daripada hal yang dijelaskan di atas. Tubuh inilah yang akan bergerak ke salah satu daripada 13 alam halus yang wujud selain daripada alam bumi ini.

Catitan: Sila klik sini.