Sambutan Mengikut Rantau

Himachal Pradesh

Sambutan Maha Sivaratri di daerah Mandi kini terkenal kerana ia mengubah pekan kecil di daerah ini menjadi tapak perayaan besar-besaran, dengan lambang devata sebanyak 200 dikumpulkan di situ sebermulanya perayaan ini. Pekan daerah ini terletak di tebing-tebing sungai Beas, terkenal sekali dengan jolokan "Pura-Pura Agung" dan merupakan salah satu kota tertua di negeri Himachal Pradesh. Pekan ini mempunyai sebanyak 81 buah pura dengan murthi deva-devi di tapak-tapaknya. Perayaan ini bertumpu kepada devata pekan Mandi, Sri Mando Rai (Betara Visnu) dan Betara Siva di Pura Bhuta Natha. Pelancong asing turut akan masuk ke situ untuk menyertai perayaan ini.

Bengal

Penganut Hindu di sebelah Bangladesh juga turut merayakan perayaan Maha Sivaratri ini. Mereka akan berpuasa untuk memohon restu betara Siva. Penganut Hindu di sebelah Bangladesh akan berkunjung ke Chandranatha Dham bagi menjalani upacara. Antara hajat yang diperbuat adalah seperti memohon dikurnia suami atau isteri yang baik.

Madhya Pradesh

Di negeri ini dan sekelilingnya, ramai juga pengikut betara Siva. Pura Mahakalesvara di kota Ujjain merupakan antara tempat suci yang dibina bagi menjadi perumah linga Siva. Tempat ini menjadi tumpuan penganut yang ramai sekali pada setiap tahun. Dua lagi tempat terpenting dalam perayaan ini adalah Tilvara Ghat di kota Jabalpur dan Pura Matha di kampung Jeonara, kota Seoni. 

India Selatan

Maha Sivaratri dirayakan dengan meluas sekali di pura-pura di negeri seperti Andhra Pradesh, Kerala, Tamil Nadu dan Karnataka. Baginda betara Siva dianggap sebagai Adiguru bagi tradisi-tradisi Yoga yang diamalkan. Secara tradisinya, kedudukan planet-planet pada malam itu berada dalam keadaan berkuasa dan berlaku peningkatan tenaga dalam sistem tubuh manusia. Maka, berfaedah sekali bagi seseorang itu berjaga malam pada ketika itu dan sentiasa dalam keadaan sedar. Supaya tubuh dan rohaninya mendapat kebaikan alam semesta. Karyawan seni dari pelbagai bidang akan bekerja menghasilkan bahan-bahan kesenian mereka sepanjang malam perayaan ini.

Lanjut: Upacara di Selatan

Kashmir

Perayaan ini dirayakan oleh pedanda-pedanda Brahmin api sebagai penyatuan antara Siva dan Sakti. Suasana persiapan sambutan akan dimulakan tiga atau empat hari sebelum perayaan sebenar bermula. Ia akan berhenti dua hari selepas malam itu. Di Kashmir, perayaan ini disebut sebagai Herath.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan