Śūdra

Śūdra ini adalah varna keempat atau salah satu daripada empat kategori yang terkandung dalam agama Hindu. Pelbagai sumber menterjemahkan perkara ini sebagai kasta mengikut bahasa Inggeris atau sebagai sejenis kelas sosial. Śūdra diletakkan dalam kelas terbawah sekali dalam empat varna ini.

Perkataan ini muncul hanya sekali sahaja dalam Ṛgveda, dalam Puruṣa Sukta. Ia boleh ditemui dalam sastera Hindu lain juga seperti:
  • Manusmṛti
  • Arthaśastra
  • Dharmaśastra
Pada teorinya, kelompok ini digolongkang secara warisan sebagai mereka yang menjalankan kerja buruh dan melayani kelompok triwangsa ke atas atau dalam bahasa orang Arab disebut sebagai khadam. Dalam sejarah sebenar, mereka ini sebenarnya turut menjalankan dharma lain seperti menjadi pahlawan dan juga raja.