Dharmasutra dan Dharmasatra

Sastra-sastra ini menetapkan jangkaan, dharma dan peranan yang mesti dimainkan oleh golongan brahmin. Peraturan dan tugas mereka dalam sastra dharma ini, umumnya ditujukan kepada brahmin.

Gautama Sutra

Gautama Sutra iaitu dharmasutra tertua yang masih boleh dibaca menyatakan dalam ayat 9.54-9.55 bahawa brahmin dilarang untuk menyertai atau menjalankan sebarang upacara kecuali apabila dia dijemput sahaja. Berikut adalah peraturan dan tatasusila asas bagi seorang brahmin, dari bab ke-8 dan bab ke-9 sutra ini:
  • mestilah seorang yang benar;
  • bersikap dengan sikap orang Arya;
  • mengajar seni yang diketahuinya hanya kepada orang yang berhak dan benar;
  • mengikut peraturan penyucian dan keupacaraan;
  • mempelajari Veda dengan sukacita;
  • tidak menyakiti sebarang makhluk hidup;
  • sopan-santun tetapi tegas;
  • mesti mengawal diri; dan
  • baik hati serta berfikiran terbuka kepada semua orang. 
Olivelle menyatakan bahawa bab ke-8 dalam sutra ini menekankan fungsi-fungsi brahmin sebagai:
  • mempelajari kitab suci Veda;
  • mempelajari sains-sains sekular;
  • mempelajari ilmu-ilmu bantu untuk kitab suci Veda;
  • mestilah mempunyai kemahiran berdialog;
  • mestilah mempelajari itihasa dan purana-purana;
  • memahami sastra-sastra dan mencorakkan kelakuan dirinya mengikut apa yang diajarkan oleh sastra tersebyt;
  • menjalani samskara dan upacara; dan
  • hidup dengan jalan kebenaran.  
Dijelaskan lagi bahawa kebenaran itu lebih penting daripada segala upacara. Seorang brahmin yang menjalankan empat puluh samskara, namun kurang lapan nilai yang disebutkan di atas itu tidak akan mencapai keselamatan dalam dunia Brahman. Orang yang menjalankan samskara walaupun sedikit, tetapi bersikap benar itulah yang mencapai kesatuan dengan Brahman. - Gautama Sutra, 9.24-9.25.

Sastera ini menyenaraikan lapan jenis nilai yang mesti dipunyai oleh seorang brahmin iaitu:
  • belas kasihan;
  • kesabaran;
  • kurang cemburu;
  • penyucian;
  • ketenangan;
  • sikap diri yang bertuah;
  • murah hati; dan
  • mengurangkan ketamakan diri.  
Baudhyana Dharmasastra
 
Dharmasastra seterusnya seperti Baudyana Dharmasutra menambah ciri-ciri seperti dermawan, rendah hati, mengelakkan diri dari marah dan tidak bongkak dalam menjalankan tugasan sebagai brahmin.

Vasistha Dharmasastra

Vasistha Dharmasutra dalam ayat 6.23 menyenaraikan nilai-nilai brahmin seperti:
  • disiplin;
  • zuhud;
  • kawalan diri;
  • benar;
  • suci;
  • pembelajaran Veda;
  • belas kasihan;
  • kepinanditaan;
  • kebijaksanaan; dan
  • beragama serta bersraddha.   
Vasistha dalam ayat 13.55 melarang brahmin daripada menerima senjata, racun dan juga minuman keras sebagai dana dari orang awam.

Manusmṛti

Sastra ini memberi tumpuan kepada cara kehidupan seorang brahmin dan hubungan mereka dengan kelompok kṣatria. Ayat 1,034 menekankan mengenai sikap dan nilai seorang brahmin:
"Seorang brahmin yang berdisiplin, walaupun dia hanya mengetahui sloka Savitri itu, lebih baik daripada brahmin trivedi yang tidak berdisiplin yang melahap segala jenis makanan dan berurusan dengan segala jenis perusahaan." - 2.118
John Bussanich menyatakan bahawa tatasusila untuk brahmin dalam sastra ini adalah serupa dengan tatasusila orang Greek. Ujar beliau, "Brahmin dharma ini boleh dibandingkan dengan pengikut Aristotle yang mengamalkan hikmah amali. Brahmin ini juga serupa dengan ahli falsafah aliran Plato-Aristotle. Yang berbeza cuma Brahmin Hindu ini menjalankan upacara keagamaan manakala ahli falsafah Greek tidak menjalankan kerja-kerja pedanda."