Bunuh Diri dan Selepasnya

Terdapat dua jenis kematian jika kita sebut mengenai ajal.

Kematian yang menurut takdir dan ajal: Kematian jenis ini adalah kematian yang berdasarkan ajal dan tiada sesiapa pun yang boleh mengelakkannya.

Kematian disebabkan kemungkinan: Kematian jenis ini adalah keadaan apabila seseorang itu boleh jadi mati. Setiap orang yang melalui keadaan ini mungkin boleh mati tetapi boleh jadi juga diselamatkan oleh sebab pahalanya. 

Untuk maklumat lebih maka anda boleh merujuk kepada rencana oleh SSRF berjudul - Ajal.

Dalam kes-kes apabila seseorang itu melalui tekanan besar dalam kehidupannya atau mengalami kecacatan personaliti, maka dia mungkin akan mengambil nyawanya sendiri. Hantu turut terlibat dalam menyimbah minyak ke api. Mereka ini kadangkala bertindak mempengaruhi seseorang itu untuk membunuh diri. Walau bagaimanapun, tindakan membunuh diri ini dalam kebanyakan keadaan masih lagi merupakan tindakan yang berdasarkan kepada niat apabila seseorang itu melalui fasa kematian berdasarkan kemungkinan mengikut kepada takdirnya. 

Hidup di lapangan alam Bumi ini adalah kewujudan yang berharga dan pada asasnya dikurniakan kepada kita oleh Tuhan untuk pertumbuhan rohani. Apabila kita membunuh jiwa yang lain, kita akan mencetuskan kesan karma beri dan ambil dengan mereka, iaitu kita akan terhutang dengan mereka yang dibunuh.

Namun, tindakan membunuh diri pula, kita sebenarnya mengelakkan diri dari peluang untuk pertumbuhan rohani kita dan menyebabkan timbulnya dosa. Besarnya dosa ini bergantung kepada keadaan yang menekan seseorang yang membunuh diri itu. Roh orang yang membunuh diri ini kebiasaannya akan pergi ke Bhuvarloka.

Walau bagaimanapun, untuk dosa besar yang berlaku dalam hidup orang yang membunuh diri serta keadaan dia membunuh diri itu akan menyebabkannya jatuh ke rantau neraka yang lebih dalam.  
  • Membunuh orang alim jumlah dosa umumnya dikira maksimum dari tahap 0-100 peratus maksudnya sebanyak 100 peratus unit dosa.
  • Membunuh orang awam menyebabkan dosa muncul sebanyak 40 peratus. 
  • Membunuh diri menimbulkan 30% dosa berbanding dengan membunuh orang lain yang bertahap rohani biasa. Biasanya, orang yang membunuh diri berada di tahap rohaniah terendah. Tahap rohani mereka terhakis disebabkan oleh kemurungan yang berpanjangan.