Kśatriya

Kshatriya berasal dari kata kshatra bermaksud perintah atau berkuasa. Kshatriya merupakan salah satu varna dalam masyarakat bertamadun Hindu. Istilah ini digunakan dalam konteks masyarakat Vedik yang membahagikan masyarakat kepada empat kelompok. Secara tradisinya, kashatriya merupakan kelompok yang membentuk elit ketenteraan dan kelompok pemerintah dalam sesuatu negara. Peranan mereka adalah untuk melindungi masyarakat dengan berperang pada waktu peperangan dan mentadbir semasa waktu aman. Kata bahasa Prakrit bagi Kshatriya adalah Khatri.

Dalam upacara, nyagrodha (Ficus indica atau pokok Tin India atau pohon banyan), danda (tongkat) dianugerahkan kepada golongan ini bersama dengan mulamantra bertujuan untuk memindahkan kesuburan jasadi atau ojas kepada mereka.

Sejarah Kshatriya

Sila klik di sini untuk membaca selanjutnya. 

Keturunan

Veda-veda tidak menyebut mengenai varma (kshatriya) atau sebarang vamsa (keturunan). Keturunan ini datang dari tradisi zaman Itihasa-Purana. Terdapat empat keturunan bagi bangsa ini iaitu:
  • Suryavamsa
  • Chandravamsa
  • Agnivamsa
  • Nagavamsa
Nagavamsa tidak disebut dalam tradisi Itihasa-Purana. Kemungkinannya mereka ini adalah kelompok pemuja haiwan totem reptilia. Asal-usul mereka boleh dikesan dalam kitab suci. Salah seorang raja dari wamsa ini adalah maharaja Chotanagapura, yang berasal dari puak Munda. Vamsa ini memandang ular sebagai haiwan totem dan berkahwin campur dengan puak Gurjar sejak sekian lama.