Brāhmaṇa

Brāhmaṇa atau brahmin ini adalah salah satu varna dalam masyarakat Hindu yang mengkhusus kepada kepedandaan, kepinanditaan, acharya dan pelindung kepada pembelajaran suci merentasi zaman. 

Secara tradisinya, golongan brahmin ini bertanggungjawab untuk upacara-upacara keagamaan di pura dan kuil. Mereka menjadi perantara antara devata dalam kuil dan penganut. Mereka membacakan mantra upacara dalam perkahwinan serta upacara pemujaan. 

Secara teorinya pula, golongan brahmin menduduki kedudukan tertinggi dalam empat varna utama masyarakat. Dari segi amalan, sastra-sastra Hindu memberi gambaran bahawa kelompok ini boleh jadi juga menjalani dharma sebagai petani, pahlawan, pedagang dan memegang jawatan-jawatan lain di kawasan-kawasan yang berpengaruh dan bertamadun Hindu. 

Sumber kitab suci veda
Dharmasutra dan dharmasastra
Sejarah brahmin
Brahmin dalam sastra Jina dan Buddha
Brahmin di Asia Tenggara

Sumber: sila klik di sini untuk membuat rujukan.